Setiausaha Agung PBB merupakan satu jawatan yang terpenting dalam menguruskan organisasi itu dan konflik yang meletus di dunia ini. PBB sering bertindak sebagai sebuah kerajaan dunia dan mengambil serta memberi perhatian kepada isu kemanusiaan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, PBB sering dikawal dan dimanipulasi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China, Perancis, Russia dan Jerman yang mempunyai kuasa veto. Kalau saya menjadi Setiausaha Agung PBB, saya akan cuba menarik balik kuasa veto yang diberikan kepada kelima-lima negara ini. Hal ini kerana melalui kuasa veto ini negara-negara yang dinyatakan tadi menghalang tindakan-tindakan baik yang ingin dilaksanakan oleh PBB.
Oleh sebab itu, jika kuasa veto ini dihapuskan maka tindakan atau niat baik PBB untuk menolong negara yang berada dalam kesusahan tanpa halangan daripada sesiapapun. Kuasa veto itu akan digantikan dengan kuasa kata pemutus oleh Setiausaha Agung PBB melalui perbincangan dengan negara-negara anggota. Jika untuk mengendalikan sesebuah negara menjadi susah malah mengendalikan banyak negara akan menjadi lebih rumit dan susah bagi seseorang ketua organisasi peringkat antarabangsa seperti PBB. Oleh sebab itu, memberi kuasa kata pemutus kepada Setiausaha Agung PBB menyenangkan proses membuat keputusan dan pelaksanaan sesuatu rancangan bagi kebaikan sesebuah negara itu. Majlis Keselamatan PBB juga diperbaharui dengan memperkenalkan lima ahli majlis yang sentiasa berubah dan kuasa majlis itu dihadkan sebagai penasihat kepada Setiausaha Agung PBB. Kuasa mengambil keputusan tidak akan diberikan kepada Majlis Keselamatan PBB itu.
Negara-negara maju yang dilabelkan sebagai negara maju diwajibkan membayar cukai tahunan untuk menjalankan pentadbiran PBB dengan lancar dan berkesan. Cukai-cukai ini juga digunakan untuk membangunkan negara-negara miskin dan negara-negara yang dilanda peperangan atau bencana alam. Cukai itu juga digunakan untuk tujuan proses membina "peace-building" di negara-negara yang dilanda peperangan. Satu undang-undang akan diwujudkan bagi mewajibkan negara-negara ini membayar cukai-cukai yang berkenaan kepada PBB.
Satu pasukan tentera yang berfungsi sebagai tentera bebas akan diwujudkan di bawah Piagam PBB dan Setiausaha Agung PBB akan menjadi pemimpin tertinggi bagi pasukan tentera itu dan segala kata pemutus akan diberikan kepada Setiausaha Agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB akan menjadi penasihat dan penyelaras kepada pasukan tentera tersebut. Setiap negara diwajibkan menghantar calon-calon untuk menyertai pasukan tentera PBB yang akan melalui proses pemilihan dengan Majlis Keselamatan PBB. Pasukan tentera ini hanya mewakili PBB sahaja dan hanya mendukung misi PBB dalam setiap operasi yang dijalankan dan tidak mempunyai kaitan dengan negara mereka asal. PBB akan membuat perjanjian dengan negara-negara yang berkenaan bagi menjaga kebajikan tentera yang berkhidmat di bawah PBB.
WTO akan direformasikan bagi tujuan mengagihkan kekayaan dunia sama rata dan rakyat di negara miskin akan mendapat faedahnya. Oleh sebab itu, WTO akan menjadi peranan sebagai "check and balance" kepada ekonomi dunia ini. Negara-negara miskin akan dilindungi oleh WTO daripada ditindas oleh negara-negara kaya. WTO juga akan memainkan peranan sebagai organisasi yang menolong negara miskin daripada mengharapkan bantuan-bantuan negara-negara kaya. Oleh sebab itu, pendominasian ekonomi oleh negara-negara kaya terhadap negara-negara miskin dapat dikurangakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment