Wednesday, August 5, 2009

DEMONSTRASI ANTI-ISA

Demonstrasi yang dilakukan pada Sabtu lalu iaitu 1 Ogos 2009 menunjukkan Anwar Ibrahim mencuba lagi untuk mencabar kerajaan yang sedia ada. Hal ini demikian segala percubaan beliau sebelum ini gagal dan taktik huru-hara ini hanyalah tindakan kosong Anwar. Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab atas tindakan beliau menghasut rakyat mengadakan demonstrasi untuk menghuru-harakan keamanan negara. Sebelum ini, janji-janji beliau tidak ditunaikan seperti 16 September, kononnya beliau dapat mengambilalih pemerintahan. Pemerintah yang tidak bertanggungjawab seperti ini hanya merugikan rakyat dan bukannya melindungi rakyat. Anwar Ibrahim perlu menjawab segala persoalan yang timbul. Beliau bertindak seperti seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Jika beliau ingin memansuhkan ISA, lakukan dengan cara terbaik atau beliau sendiri mengetuai demonstrasi jalanan itu dan bukannya menghasut rakyat dan pemimpin kanannya. Saya mencabar Anwar Ibrahim untuk melakukan dengan cara terbaik. Demonstrasi jalanan merupakan satu ruang meluahkan perasaan dalam sistem demokrasi. Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul di sini ialah persoalan Anwar Ibrahim menganjurkan demonstrasi sedemikian tanpa kehadiran beliau dan selalu tidak menunaikan janji-janji kepada rakyat.

Saturday, June 6, 2009

ANWAR IBRAHIM

ANWAR IBRAHIM?

Anwar Ibrahim seorang aktivis pelajar menjadi pemimpin pembangkang yang terkenal dengan kepintaran bercakap merupakan seorang pemimpin yang paling digeruni oleh pemimpin-pemimpin pihak lawan. Namun begitu, sejak kemenangan pembangkang yang memberangsangkan pada Mac tahun lalu, Anwar mula kehilangan bisanya dan sentiasa timbul tenggelam dalam arus politik Malaysia. Pelbagai sandiwara berlaku dalam arena politik Malaysia sejak kemenangan itu. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini Anwar Ibrahim mula hilang dalam arus politik Malaysia sehingga tiada liputan media. Dimanakah Anwar Ibrahim? Soal ini mula dibangkitkan oleh golongan bawahan dan pertengahan yang ketagihkan perubahan dalam kerajaan Persekutuan. Sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu, pelbagai isu-isu dibangkitan tetapi lesap begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Hal ini menunjukkan ia hanya permainan politiknya. Soalnya yang timbul di sini ialah janji-janji yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim. Era pemerintahan Tun Dr.Mahatir, Anwar mengkritik pentadbiran Mahatir sebagai korupsi dan rasuah serta dictator tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil. Era pemerintahan Tun Abdullah Badawi, Anwar mengkritik kerajaan tidak cekap dan tidak bersaing dalam ekonomi global. Sandiwara seperti ini telah mengakibatkan kemarahan rakyat jelata yang menyokong Anwar Ibrahim sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu. Perubahan yang dijanjikan tidak berlaku sama sekali walaupun diberitahu mengambil masa yang panjang tetapi titik mula tidak kelihatan sama sekali. Titik mula itu belum dimulakan lagi oleh Anwar Ibrahim, sudah hampir 11 tahun reformasi yang dijanjikan tidak menunjukkan hasil.

Saturday, May 9, 2009

KE MANA ARAH TUJU PEMBANGKANG?

Pembangkang pada pilihanraya umum 2008 menunjukkan kebangkitan yang memberangsangkan. Isu-isu yang diketengahkan menjadi isu dominan dalam politik negara. Reformasi kembali dilaungkan selepas berkubur selama 10 tahun. Walaubagaimanapun, laungan reformasi ini tidak menunjukkan kesan substantif kepada rakyat. Laungan itu hanya menjadi laungan yang kosong tanpa mempunyai sebarang kesan kepada rakyat. Janji 16 September untuk mengambilalih kerajaan Persekutuan juga menjadi janji kosong. Oleh sebab itu, kearah mana politik pembangkang setakat ini. Isu-isu sebelum pilihanraya dan semasa pilihanraya kecil banyak ditimbulkan oleh pembangkang seperti isu kehakiman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi ianya seolah-olah untuk memancing undi rakyat. Jika isu itu diketengahkan maka perlulah ada satu keputusan substantif yang memberi manfaat kepada rakyat. Jika kita lihat kerajaan yang memerintah mereka menggunakan 3M(media,money,machinery) untuk memancing undi maka pembangkang pula menggunakan isu-isu yang berkaitan dengan kerajaan memerintah. Masalah yang timbul sekarang ialah isu sudah pun diketengahkan tetapi tidak menemui jalan penyelesaian. Pihak pembangkang harus sedar jika mereka membawa sesuatu isu itu maka mereka juga sepatutnya bertanggungjawab terhadap terhadap isu yang dibawa. Pihak pembangkang juga tidak perlu terlalu “politicking” sesuatu isu tetapi melihatnya sebagai satu perkara yang perlu dibawa untuk kesejahteraan rakyat.

Monday, February 9, 2009

TANGGUNGJAWAB WAKIL RAKYAT DAN ANJAKAN PARADIGMA‏

Sudah hampir 10 bulan, Pakatan Rakyat telah berjaya memenangi hati rakyat di empat buah negeri dan mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional di Parlimen. Namun begitu, pelbagai masalah dan dugaan telah dihadapi oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat masih kabur mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh mereka sebagai Yang Berhormat. Wakil rakyat Pakatan Rakyat masih seperti bekas-bekas Ahli Parlimen sebelum ini. Bagi mereka, menolong rakyat dengan memberi bantuan kewangan merupakan tanggungjawab mereka, tetapi bukan itu tanggungjawab sebenar mereka. Tanggungjawab oleh wakil rakyat sebenarnya perlu memerdekaan minda rakyat dengan memperkasakan mereka dengan ilmu(self empowerment).
Pendidikan perlu diberikan kepada rakyat. Wakil rakyat hanya perlu menjadi "pengantara" antara rakyat dengan kerajaan dan bukannya "problem solver" malah wakil rakyat perlu menjadi fasilitator untuk menyelesaikan masalah itu dengan membimbing rakyat menjadi berdikari. Tindakan YB Manikavasagam(MP KAPAR) yang cuba mempratikkan "racial politics" merupakan satu tindakan yang tidak tepat. Beliau perlu membezakan peranan beliau sebagai seorang aktivis dan ahli NGO. "Partisan politics" merupakan sesuatu yang berbeza daripada "pressure group" seperti NGO. Tindakan beliau yang kabur antara "pressure group" dan "interest group" menyebabkan beliau hilang kewibawaan sebagai seorang ahli Parlimen. Tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat juga penting tetapi melalui polisi-polisi dan dasar-dasar dan bukannya mengugut untuk meletakkan jawatan. Tindakan beliau menyebabkan masyarakat di Kapar tidak dapat berdikari dan bergantung kepada ahli Parlimen selama-lamanya,walaupun terdapat masalah kecil seperti masalah longkang. Sebaliknya, beliau perlu memperkasakan rakyat dengan membimbing rakyat menghantar memorandum, protes dan mengadakan sesi dialog dengan kerajaan negeri Selangor. Oleh sebab itu, wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu membezakan diri mereka sebagai seorang ahli NGO, aktivis dan wakil rakyat. Tanggungjawab yang bertindanan akan menyebabkan kekaburan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Monday, November 10, 2008

What “independence / freedom means to me”

People tend to think that independence means free from colonization from other countries. For me it is not true, I would like to share from other perspective also. Independence from colonial power is from political perspective. For me independence must contain all perspective because human being has to face all the situation not only political changes but also social changes. Independence from colonial power also can categorize as a physical freedom. But for me it is beyond that which means people also must independence in their mindset and thinking.
Those people who are still maintaining the “status quo’ are not independence in their thinking. It is because they cannot think out of the box. They are following someone without questioning them. This makes them not independence in their thinking and they have to depend to other people to think about something. They can only enjoy the freedom if their beginning to question and challenge the “status quo”. It is because they know about their rights. For me mental freedom is more important than physical freedom. It is because if they are mentally independence they are automatically can achieve physical freedom. The independence for some countries in the world achieved through the radical thinkers of the countries. So, the importance must give to mental freedom such as freedom of speech and freedom of expression. From that we can achieve true independence. Some people only focus on physical independence rather than mental independence and this make them people without vision and mission.

Sunday, October 26, 2008

"SISTEM PENDIDIKAN TINGGI"

Sistem pendidikan tinggi Malaysia merupakan satu sistem pendidikan yang menjajah minda pelajar. Kononnya, terdapat dakwaan bahawa sistem pendidikan tinggi Malaysia mengalami pembaharuan atau reformasi. Pelajar-pelajar IPTA merupakan pelajar-pelajar "exam oriented" dan bukannya "knowledge oriented". Mereka selesa untuk menyediakan diri menghadapi peperiksaan dan tidak mengambil peduli tentang persekitaran mereka.. Revolusi pemikiran tidak akan wujud jika pelajar-pelajar ini "exam-oriented". Gred menjadi kayu pengukur untuk mengukur kebolehan seseorang pelajar itu. Gred itu hanyalah sampah bagi penulis kerana tidak mencerminkan kebolehan pelajar.
Penulis mempunyai banyak pengalaman berdepan dengan orang-orang seperti ini. Pelajar-pelajar antarabangsa mempunyai banyak pengetahuan tentang Asia Tenggara berbanding pelajar-pelajar IPTA tidak boleh mengulangkaji tanpa nota kuliah yang disediakan oleh pensyarah, mereka tidak tahu menggunakan buku atau jurnal untuk mengulangkaji.
Penulis juga pernah berdepan dengan pelajar-pelajar yang masih tidak tahu bahawa Russia bukannya satu negara dalam EU, tetapi pelajar ini kononnya pelajar cemerlang kerana mendapat gred yang tinggi.
Pelajar-pelajar IPTA masa kini juga tidak tahu untuk menulis atau bercakap apabila meluahkan pendapat mereka. Mereka hanya bangga dengan gred "A". Mereka yang juga menjadi kebanggaan sesetengah pensyarah IPTA. Pensyarah-pensyarah seperti ini perlu membetulkan pemikiran mereka dan perlu menukar persepsi mereka terhadap pelajar seperti ini dan tidak hanya memberi tumpuan mereka terhadap pelajar seperti ini kerana pelajar-pelajar ini bukannya menjadi pencetus revolusi minda. Pelajar-pelajar ini hanya jaguh atas kertas tetapi tidak tahu amalkannya. Penulis amat hormat dan tabik pelajar-pelajar yang digredkan sebagai "B" tetapi mempunyai kemahiran kendiri yang tinggi dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
Sisrem pendidikan tinggi di Malaysia perlu dirombak dan pelajar perlu diberi pendedahan kepada semua bidang termasuk sains tulen, komunikasi, ilmu kemanusiaan, sains komputer,ekonomi dan sains kemasyarakatan. Pelajar-pelajar yang mendapat gred "A" jangan berbangga dengan keputusan anda kerana anda masih berbangga dengan keputusan anda kerana anda masih kosong dari segi pemikiran kritikal dan analitikal. Pelajar-pelajar kritikal dan analitikal sila teruskan usaha anda jangan peduli dengan gred anda kerana gred ini hanya merupakan satu kayu pengukur palsu untuk mengukur anda.

Friday, June 27, 2008

“KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI”

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia perlu memberi perhatian dan pemantauan terhadap IPTS(Institut Pengajian Tinggi Swasta) yang wujud bagaikan “cendawan tumbuh selepas hujan”. Kredibiliti IPTS yang wujud menjadi tanda tanya kerana mereka sering menggunakan isitilah usahasama dengan IPTA. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu menjelaskan maksud istilah “usahasama” ini dan menerangkan sebab IPTS ini menggunakan nama-nama IPTA. Pelajar-pelajar dari IPTS juga senang memasuki IPTA berbanding pelajar-pelajar lepasan SPM,STPM, dan matrikulasi. Mengapakah hal ini berlaku?
Terdapat juga golongan pelajar yang mengaku diri mereka sebagai pelajar IPTA tetapi mereka merupakan pelajar IPTS yang mempunyai usahasama dengan IPTA. Pelajar-pelajar IPTS “usahasama” dengan IPTA ini memasuki IPTS dengan keputusan yang kurang memberangsangkan tetapi dapat memasuki IPTA dengan laluan diploma usahasama menunjukkan seolah-olah taraf dan tahap pelajar lepasan SPM, STPM dan matrikulasi adalah sama. KPT perlu memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini untuk mengawal kualiti pendidikan di negara ini. Saya ingin tahu kredibiliti kewujudan IPTS dengan usahasama IPTA. Kualiti pendidikan tinggi perlu dijaga dan jangan diniagakan semata-mata untuk keuntungan individu-individu tertentu.