"Multiculturalisme" merupakan satu keadaan yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan kebudayaan serta bahasa. Negara-negara yang terdiri daripada masyarakat "multiculturalisme" ialah negara Malaysia, India, Amerika Syarikat dan negara-negara Afrika. Namun begitu, bukan semua negara yang bebas daripada konflik akibat daripada pergolakkan antara masyarakat yang terdiri daripada "multiculturalisme". Terdapat juga negara-negara yang terdiri daripada masyarakat "multiculturalisme" yang sangat kompleks. Oleh itu, pendidikan tentang perdamaian amatlah penting dalam mengekalkan perdamaian dalam masyarakat "multiculturalisme". Negara-negara yang sering berkonflik akibat daripada masyarakat yang terdiri daripada "multiculturalisme" ialah negara-negara di Afrika. Konflik akibat daripada "multiculturalisme" ini menyebabkan ketidakstabilan politik di negara-negara yang berkenaaan.
Malaysia pernah mengalami konflik perkauman yang teruk pada 13 Mei 1969. Konflik perkauman ini timbul sebagai akibat daripada jurang ekonomi antara kaum. Oleh itu, keganasan berlaku di Kuala Lumpur kerana ketidakpuasan hati. Jurang ekonomi, sosial dan pendidikan merupakan satu penghalang kepada masyarakat yang terdiri daripada "multiculturalisme". Oleh itu, kerajaan Malaysia membuat dan melaksanakan satu polisi yang dapat mengurangkan jurang ekonomi antara kaum dan mengelakkan konflik perkauman yang serius. Rukun Negara juga diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia dapat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di bawah satu ideologi yang dihayati bersama. Selain jurang ekonomi diperbetulkan, pendidikan tentang "multiculturalisme" juga perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah kerana kanak-kanak sekolah merupakan generasi yang akan memimpin negara kelak. Oleh itu, pendidikan "multiculturalisme" penting di peringkat ini kerana di peringkat ini pendidikan itu lebih memberi kesan yang mendalam kepada kanak-kanak sekolah.
Kestabilan politik juga penting kerana masyarakat "multiculturalisme" memerlukan saluran politik untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan dan menuntut hak mereka. Konflik di Kenya juga merupakan salah satu contoh ketidakstabilan politik di dalam masyarakat "muticulturalisme". Masyarakat Kenya saling lawan satu sama lain untuk mendapatkan kuasa politik menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku di Kenya. Malaysia mempunyai kerajaan pemerintah yang mengamalkan konsep pembahagian kuasa yang seimbang antara kaum, walaupun terdapat kritikan daripada sesetengah pihak namun begitu konsep pembahagian di Malaysia adalah amat seimbang berbanding negara-negara lain yang terdiri daripada masyarakat "multiculturalisme"
Program-program dan polisi-polisi yang diperkenalkan di Malaysia juga amat membantu keseimbangan masyarakat "multiculturalisme". Program Khidmat Negara merupakan satu program yang dapat membantu remaja-remaja mengetahui pendidikan tentang masyarakat "multiculturalisme". Walaubagaimanapun, program Khidmat Negara ini perlu dibuat perubahan-perubahan tertentu bagi mewujudkan kesinambungan kepada remaja-remaja yang melalui program ini. Oleh seba itu, kesinambungan ini akan mengwujudkan perasaan untuk mengekalkan masyarakat "multiculturalisme" yang stabil sepanjang masa.
Agama juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesatabilan dalam masyarakat "multiculturalisme". Masyarakat "multiculturalisme" memainkan peranan penting dalam bidang agama dan perlu menghormati agama lain. Setiap agama di dunia mengajar penganutnya ke jalan yang baik dan menghormati manusia lain serta menolong mereka. Agama juga mengajar penganutnya tidak mencaci agama lain. Peperangan di Bosnia dan keganasan yang dilakukan oleh orang Serbia terhadap orang Islam merupakan satu keadaan tidak menghormati agama lain. Masyarakat "multiculturalisme" juga perlu mengelakkan pandangan negatif terhadap agama lain atau mengaitkan agama dengan perkara yang tidak baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment