Friday, June 27, 2008

“KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI”

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia perlu memberi perhatian dan pemantauan terhadap IPTS(Institut Pengajian Tinggi Swasta) yang wujud bagaikan “cendawan tumbuh selepas hujan”. Kredibiliti IPTS yang wujud menjadi tanda tanya kerana mereka sering menggunakan isitilah usahasama dengan IPTA. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu menjelaskan maksud istilah “usahasama” ini dan menerangkan sebab IPTS ini menggunakan nama-nama IPTA. Pelajar-pelajar dari IPTS juga senang memasuki IPTA berbanding pelajar-pelajar lepasan SPM,STPM, dan matrikulasi. Mengapakah hal ini berlaku?
Terdapat juga golongan pelajar yang mengaku diri mereka sebagai pelajar IPTA tetapi mereka merupakan pelajar IPTS yang mempunyai usahasama dengan IPTA. Pelajar-pelajar IPTS “usahasama” dengan IPTA ini memasuki IPTS dengan keputusan yang kurang memberangsangkan tetapi dapat memasuki IPTA dengan laluan diploma usahasama menunjukkan seolah-olah taraf dan tahap pelajar lepasan SPM, STPM dan matrikulasi adalah sama. KPT perlu memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini untuk mengawal kualiti pendidikan di negara ini. Saya ingin tahu kredibiliti kewujudan IPTS dengan usahasama IPTA. Kualiti pendidikan tinggi perlu dijaga dan jangan diniagakan semata-mata untuk keuntungan individu-individu tertentu.

No comments: