Thursday, June 26, 2008

"PEJUANG KEBEBASAN ATAU TERORIS"

Pejuang kebebasan dan teroris mempunyai banyak perbezaan. Namun begitu, negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom seringkali menyalahgunakan kedua-dua istilah ini untu kepentingan diri mereka. HAMAS dan LTTE dilabelkan sebagai kumpulan teroris oleh Amerika Syarikat manakala kumpulan gerila di Colombia iaitu FARC juga dilabelkan sebagai kumpulan teroris. Pejuang kebebasan dan teroris mempunyai banyak perbezaan dari segi matlamat perjuangan, cara-cara perjuangan dan tempat mereka berjuang. Al-Qaeda yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai kumpulan pengganas mempunyai banyak perbezaan dengan kumpulan-kumpulan seperti LTTE, HAMAS dan FARC. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak perbezaan dari segi matlamat perjuangan, cara-cara perjuangan dan tempat mereka berjuang.
Matlamat perjuangan kumpulan pejuang kebebasan bebeza dengan teroris. Kumpulan pejuang kebebasan akan lebih menumpu kepada kebebasan dan kemerdekaan di wilayah mereka dan tidak mempedulikan perkara selain daripada wilayah mereka. Contohnya, LTTE lebih menumpukan kepada perjuangan di Sri Lanka iaitu untuk memerdekaan utara Sri Lanka dan menghentikan penindasan terhadap kumpulan minoriti etnik Tamil oleh kumpulan majoriti Sinhalese. Matlamat mereka adalah masalah dalaman negara itu sahaja. Kumpulan teroris pula mempunyai matlamat yang belainan iaitu fokus mereka adalah berbentuk global dan sering mempunyai kaitan dengan masalah atau konflik dalaman sesebuah negara. Contohnya Al-Qaeda mempunyai kaitan dengan masalah dalaman negara seperti di Afganishtan, Filipina, Iraq, India, Iran dan Thailand. Al-Qaeda mempunyai rangkaian di pelbagai negara dan matlamat mereka adalah untuk menghentikan penindasan terhadap orang-orang Islam. Namun begitu, matlamat mereka tidak sama dengan pejuang kebebasan kerana mereka tidak memperjunagkan kebebasan atau kemerdekaan sesebuah negara kerana negara-negara Islam seperti Iraq dan Iran sudahpun mempunyai kemerdekaan dan musuh utama mereka adalah Amerika Syarikat. Al-Qaeda hanya inginkan kemusnahan Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya.
Cara-cara perjuangan kebebasan dan teroris juga amat berbeza kerana pejuang kebebasan hanya membuat serangan terhadap tentera kerajaan manakala tumpuan serangan teroris adalah orang awam. Pejuang kebebasan juga kadangkala menyerang orang awam tetapi tindakan itu hanyalah tindakan terakhir apabila tiada jalan penyelesaian yang sesuai. Serangan teroris yang mengegarkan perhatian dunia ialah serangan 11 September 2001 di New York. Orang awam kebanyakkannya mati akibat serangan ke atas World Trade Center. Serangan bom di dalam bas di London juga salah satu serangan teroris. Serangan pejuang kebebasan hanya tertumpu kepada tentera dan pemimpin-pemimpin kerajaan. Serangan terhadap Presiden Sri Lanka Chandrika Kumarantunga merupakan salah satu serangan pejuang kebebasan yang hanya menumpukan serangan terhadap pemimpin politik.
Tempat perjuangan pejuang kebebasan dan teroris juga berbeza kerana pejuang kebebasan hanya menumpukan perjuangan di dalam negara mereka sahaja. Teroris pula melancarkan serangan terhadap negara-negara lain dan serangan itu dilakukan secara global. LTTE dan FARC tidak melakukan apa-apa serangan selain dari negara mereka berjuang. Teroris pula membuat serangan secara global seperti Al-Qaeda yang menyerang Amerika Syarikat dan United Kingdom. Tempat mereka berjuang ini membezakan antara pejuang kebebasan dan teroris. Oleh sebab itu, salah tafsiran istilah oleh negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat perlu diperbetulkan.

No comments: