Wednesday, June 11, 2008

“KERAJAAN PERLU PANTAU HARGA RUMAH DI PULAU PINANG”

Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan perlu berkerjasama dalam menangani harga rumah di Pulau Pinang. Rumah-rumah teres dua tingkat yang dibina di sekitar Pulau Pinang (sekitar pulau) mencecah harga RM 500 ribu atau setengah juta. Status tanah juga tidak diketahui. Rumah-rumah di sekitar Pulau Pinang (pulau) dibina macam cendawan tumbuh selepas hujan. Pihak-pihak atau agensi-agensi berkuasa tidak mengambil peduli tentang hal ini, malah status tanah juga diragui. Kawalan harga tidak wujud malah terdapat projek pembinaan perumahan yang hanya membina rumah kos tinggi dan mewah malah rumah kos rendah tidak dibina dalam kawasan perumahan yang dibina itu. Hal ini menyebabkan pemaju-pemaju itu tidak berlaku adil kepada masyarakat yang berpendapatan rendah. Saya difahamkan oleh seorang rakan di Singapura bahawa kerajaan tersebut mengehadkan pemilikan rumah oleh seseorang individu. Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang seperti itu. Hal ini menyebabkan terdapat individu-individu yang memiliki antara dua hingga empat buah rumah dan mereka menjual rumah-rumah ini apabila harganya naik untuk mengaut keuntungan. Kegiatan spekulasi seperti ini menyebabkan harga rumah naik tanpa kawalan kerajaan dan individu yang tamak juga menyekat hak orang lain untuk membeli rumah walaupun mereka sudah memiliki rumah. Hal ini menyebabkan golongan tamak ini menyekat hak rakyat yang masih tidak memiliki rumah. Undang-undang seperti di Singapura perlu diwujudkan untuk mengehadkan kegiatan ini. Antara cadangan-cadangan yang diberikan oleh saya ialah:-
Hanya suami/ isteri dibenarkan memiliki rumah apabila mereka berkahwin (salah satu individu perlu jual apabila berkahwin –mengurangkan kadar penceraian)
Anak kepada pasangan suami/isteri yang sudah berkahwin sahaja dibenarkan membeli rumah ( selagi tidak kahwin tidak boleh memiliki rumah jika kedua-dua ibu-bapa mereka masih hidup)
Hal ini menyebabkan spekulasi harga rumah dapat dibendung dan semua rakyat dapat menikmati kemudahan rumah-rumah yang disediakan, terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah. Hal ini menyebabkan penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah dapat menikmati kemudahan perumahan yang ada dan tidak lagi mengalami kesusahan menyewa rumah serta orang kaya dan golongan yang berpendapatan tinggi tidak mengeksploitasi penduduk yang berpendapatan rendah ini.

No comments: