Thursday, June 26, 2008

“CARI LANGKAH BERKESAN”

Cadangan untuk mewajibkan pendaftaran pengundi merupakan satu cadangan yang tidak berkesan untuk menarik warga muda untuk mendaftar sebagai pengundi. Jawapan Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen pada 25/06/08 merupakan jawapan yang baik dan tepat kerana ia bertepatan dengan lunas undang-undang dan ideologi politik negara ini iaitu sistem demokrasi. Sistem demokrasi tidak mewajibkan pengundi untuk mengundi atau mendaftar sebagai pengundi. Sistem demokrasi memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Oleh sebab itu, mewajibkan pendaftaran untuk mengundi merupakan satu langkah yang bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia. Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 5(1) menyatakan bahawa “tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang”.
Perkara yang perlu diperhatikan oleh pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya ialah cara untuk menarik belia untuk mendaftar sebagai pemilih. Dua tindakan yang dijelaskan oleh Datuk Seri Nazri Aziz merupakan tindakan baik tetapi perlu diingatkan bahawa belia masa kini berada dalam keadaan apati. Belia masa kini berada dalam keadaan apati kerana berpendapat bahawa politik merupakan kotor, ahli politik tidak boleh dipercayai, dengan mengundi atau menyertai politik mereka tidak nampak perubahan atau tidak menguntungkan mereka. Oleh sebab itu, perkara apati ini perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan sebelum membuat langkah-langkah lain. Kerajaan perlu menjelaskan kepada belia-belia ini bahawa pilihanraya tidak berkaitan dengan politik kepartian semata-mata malah ianya melibatkan hak kita sebagai rakyat memilih kerajaan dan dengan mengundi kita juga mengambil bahagian dalam pembangunan negara kita. Kerajaan perlu meneliti balik sukatan matapelajaran “moral”, “sivik” dan ‘sejarah” untuk mendidik pelajar tentang kepentingan pilihanraya. Oleh sebab itu, selepas mereka keluar dari alam persekolahan mereka akan mempunyai sedikit pengetahuan tentang kepentingan pilihanraya.

No comments: