Sudah hampir 10 bulan, Pakatan Rakyat telah berjaya memenangi hati rakyat di empat buah negeri dan mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional di Parlimen. Namun begitu, pelbagai masalah dan dugaan telah dihadapi oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat masih kabur mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh mereka sebagai Yang Berhormat. Wakil rakyat Pakatan Rakyat masih seperti bekas-bekas Ahli Parlimen sebelum ini. Bagi mereka, menolong rakyat dengan memberi bantuan kewangan merupakan tanggungjawab mereka, tetapi bukan itu tanggungjawab sebenar mereka. Tanggungjawab oleh wakil rakyat sebenarnya perlu memerdekaan minda rakyat dengan memperkasakan mereka dengan ilmu(self empowerment).
Pendidikan perlu diberikan kepada rakyat. Wakil rakyat hanya perlu menjadi "pengantara" antara rakyat dengan kerajaan dan bukannya "problem solver" malah wakil rakyat perlu menjadi fasilitator untuk menyelesaikan masalah itu dengan membimbing rakyat menjadi berdikari. Tindakan YB Manikavasagam(MP KAPAR) yang cuba mempratikkan "racial politics" merupakan satu tindakan yang tidak tepat. Beliau perlu membezakan peranan beliau sebagai seorang aktivis dan ahli NGO. "Partisan politics" merupakan sesuatu yang berbeza daripada "pressure group" seperti NGO. Tindakan beliau yang kabur antara "pressure group" dan "interest group" menyebabkan beliau hilang kewibawaan sebagai seorang ahli Parlimen. Tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat juga penting tetapi melalui polisi-polisi dan dasar-dasar dan bukannya mengugut untuk meletakkan jawatan. Tindakan beliau menyebabkan masyarakat di Kapar tidak dapat berdikari dan bergantung kepada ahli Parlimen selama-lamanya,walaupun terdapat masalah kecil seperti masalah longkang. Sebaliknya, beliau perlu memperkasakan rakyat dengan membimbing rakyat menghantar memorandum, protes dan mengadakan sesi dialog dengan kerajaan negeri Selangor. Oleh sebab itu, wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu membezakan diri mereka sebagai seorang ahli NGO, aktivis dan wakil rakyat. Tanggungjawab yang bertindanan akan menyebabkan kekaburan dalam melaksanakan tanggungjawab.
No comments:
Post a Comment