Saturday, May 9, 2009

KE MANA ARAH TUJU PEMBANGKANG?

Pembangkang pada pilihanraya umum 2008 menunjukkan kebangkitan yang memberangsangkan. Isu-isu yang diketengahkan menjadi isu dominan dalam politik negara. Reformasi kembali dilaungkan selepas berkubur selama 10 tahun. Walaubagaimanapun, laungan reformasi ini tidak menunjukkan kesan substantif kepada rakyat. Laungan itu hanya menjadi laungan yang kosong tanpa mempunyai sebarang kesan kepada rakyat. Janji 16 September untuk mengambilalih kerajaan Persekutuan juga menjadi janji kosong. Oleh sebab itu, kearah mana politik pembangkang setakat ini. Isu-isu sebelum pilihanraya dan semasa pilihanraya kecil banyak ditimbulkan oleh pembangkang seperti isu kehakiman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi ianya seolah-olah untuk memancing undi rakyat. Jika isu itu diketengahkan maka perlulah ada satu keputusan substantif yang memberi manfaat kepada rakyat. Jika kita lihat kerajaan yang memerintah mereka menggunakan 3M(media,money,machinery) untuk memancing undi maka pembangkang pula menggunakan isu-isu yang berkaitan dengan kerajaan memerintah. Masalah yang timbul sekarang ialah isu sudah pun diketengahkan tetapi tidak menemui jalan penyelesaian. Pihak pembangkang harus sedar jika mereka membawa sesuatu isu itu maka mereka juga sepatutnya bertanggungjawab terhadap terhadap isu yang dibawa. Pihak pembangkang juga tidak perlu terlalu “politicking” sesuatu isu tetapi melihatnya sebagai satu perkara yang perlu dibawa untuk kesejahteraan rakyat.

No comments: