ANWAR IBRAHIM?
Anwar Ibrahim seorang aktivis pelajar menjadi pemimpin pembangkang yang terkenal dengan kepintaran bercakap merupakan seorang pemimpin yang paling digeruni oleh pemimpin-pemimpin pihak lawan. Namun begitu, sejak kemenangan pembangkang yang memberangsangkan pada Mac tahun lalu, Anwar mula kehilangan bisanya dan sentiasa timbul tenggelam dalam arus politik Malaysia. Pelbagai sandiwara berlaku dalam arena politik Malaysia sejak kemenangan itu. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini Anwar Ibrahim mula hilang dalam arus politik Malaysia sehingga tiada liputan media. Dimanakah Anwar Ibrahim? Soal ini mula dibangkitkan oleh golongan bawahan dan pertengahan yang ketagihkan perubahan dalam kerajaan Persekutuan. Sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu, pelbagai isu-isu dibangkitan tetapi lesap begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Hal ini menunjukkan ia hanya permainan politiknya. Soalnya yang timbul di sini ialah janji-janji yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim. Era pemerintahan Tun Dr.Mahatir, Anwar mengkritik pentadbiran Mahatir sebagai korupsi dan rasuah serta dictator tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil. Era pemerintahan Tun Abdullah Badawi, Anwar mengkritik kerajaan tidak cekap dan tidak bersaing dalam ekonomi global. Sandiwara seperti ini telah mengakibatkan kemarahan rakyat jelata yang menyokong Anwar Ibrahim sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu. Perubahan yang dijanjikan tidak berlaku sama sekali walaupun diberitahu mengambil masa yang panjang tetapi titik mula tidak kelihatan sama sekali. Titik mula itu belum dimulakan lagi oleh Anwar Ibrahim, sudah hampir 11 tahun reformasi yang dijanjikan tidak menunjukkan hasil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment