Monday, July 2, 2007

JANGAN PANDANG RENDAH!

  • Keputusan kemasukan universiti awam yang diumumkan seminggu lalu menggembirakan kebanyakkan pelajar yang mengambil peperiksaan STPM dan yang telah menghabiskan matrikulasi mereka. Walaupun terdapat pelajar yang gagal menempatkan diri mereka ke dalam IPTA namun ini bukannya penhujung hidup mereka. Mereka masih mempunyai peluang meneruskan perjuangan hidup mereka. Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke IPTS ataupun cuba menduduki peperiksaan bagi yang mengambil peperiksaan STPM. Mereka juga boleh mencari kerja bagi menambahkan pengalaman mereka. Selepas berkerja 3 atau 5 tahun mereka masih boleh melanjutkan pelajaran mereka dengan sistem pengajian jarak jauh.
    Bagi pelajar-pelajar yang telah pun berjaya menempatkan diri di dalam IPTA, terimalah kursus yang ditawarkan dan jangan merungut. Hal ini kerana masih ramai yang ingin melanjutkan pelajaran mereka namun tidak mendapat di dalam IPTA. Di sini, saya ingin menegaskan kepada pelajar yang terlalu memilih kursus supaya mempunyai pemikiran terbuka dan menerima hakikat. Pelajar-pelajar masa kini terlalu memilih kursus-kursus profesional. Kenapa mereka terlalu memilih kursus-kursus profesional? Jawapannya adalah seperti berikut:-
    Senang mendapat kerja
    Dipandang tinggi oleh masyarakat
    Mendapat gaji yang tinggi
    Secara ringkasnya inilah jawapannya, kursus-kursus profesional ini terdiri daripada
    undang-undang, pengakaunan, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain lagi.
    Kenapa pelajar enggan menerima kursus-kursus sekunder seperti kursus-kursus sains sosial dan kursus sains tulen atau buatan? Jawapannya secara ringkas adalah kesukaran mendapat kerja jika mengambil kursus-kursus sains sosial atau kursus sains tulen atau buatan. Semua ini adalah satu fenomena yang dicipta oleh masyarakat kita yang hanya mahukan terbaik. Jika kita mengambil kursus-kursus sains sosial dan sains tulen atau buatan, pandangan masyarakat terhadap kita ialah kita akan mengalami kesukaran untuk mendapat kerja apabila kita menghabiskan pengajian kita. Kursus-kursus sains sosial terdiri daripada antropologi dan sosiologi, ekonomi, sains politik, psikologi dan kerja sosial. Manakala kursus-kursus sains tulen atau buatan terdiri daripada biologi, sains matematik, sains komputer, kimia dan lain-lain lagi.
    Kebanyakan tokoh terkenal yang mengambil kursus-kursus ini masih boleh berjaya dalam hidup apatah kita. Kita sendiri perlu berusaha untuk berjaya dan mengkritik kursus-kursus yang sedia ada. Saya boleh mengenalpasti tokoh-tokoh yang belajar sains politik dan berjaya dalam hidup mereka. Antaranya ialah Vajpayee(bekas Perdana Menteri India), Kumaratunga(Presiden Sri Lanka), Datuk Ananda Krishnan(orang terkaya di Malaysia). Adakah mereka gagal kerana memilih kursus sains politik ini? Semuanya perlukan usaha sendiri dan mengkritik kursus yang diambil patut dielakkan. Pelajar-pelajar yang mengambil kursus-kursus profesional juga akan menghadapi kesukaran mendapat kerja apabila CGPA mereka kurang daripada 3.0. Semua ini hanyalah memerlukan usaha yang gigih.
    Jika kursus ini tidak mempunyai nilai, maka kerajaan tidak akan mewujudkan kursus-kursus ini dan membelanjakan berbillion-billion ringgit untuk tujuan penyelidikan. Oleh kerana kursus ini masih mempunyai nilai dan memerlukan pakar-pakar maka kerajaan terus mewujudkan kursus-kursus ini. Oleh itu, janganlah mengkritik kerajaan atau membuat rayuan untuk menukar kursus jika anda tidak mendapat kursus yang diminati oleh anda.

No comments: