Kebebasan berkumpul boleh diklasifikasikan di bawah kebebasan bersuara. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menjamin kebebasan berkumpul dan bersuara di bawah Perkara 10 (1) tertakluk kepada Fasal (2), (3), (4), iaitu :-
(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan
mengeluarkan fikiran
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan
dengan tidak bersenjata
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan
Namun begitu, kebebasan ini tidak dijamin sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti yang tertulis dalam Fasal (2), (3) dan (4) Perkara 10. Akta Polis 1967, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri diaplikasikan untuk menyekat kebebasan ini untuk tujuan menjamin kepentingan keselamatan Persekutuan. Oleh itu, semua undang-undang yang diluluskan itu adalah seiringan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Oleh itu, tindakan HINDRAF (Hindu Rights Action Force) untuk mengadakan perhimpunan untuk menyampaikan memorandum mempunyai kesan baik dan buruknya. Hal ini kerana, dari segi kebaikan mereka dapat menyampaikan ketidakpuasan hati mereka yang boleh mengugat keharmonian, politik, ekonomi dan sosial negara ini. Memorandum yang disampaikan oleh mereka dapat melegakan perasaan tidak puas hati mereka yang memuncak. Hal ini perlulah diselesaikan tanpa pertumpahan darah dan dengan menjamin keselamatan negara. Penyampaian memorandum merupakan satu cara yang baik untuk penyelesaian konflik.
Oleh itu, terdapat keburukan juga dalam melaksanakan perhimpunan untuk menyampaikan memorandum ini. Akta Polis 1967 melarang sebarang perhimpunan yang dilaksanakan tanpa permit polis. Tindakan polis menolak permintaan Hindraf ini merupakan tindakan bijak. Hal ini kerana ianya melibatkan kesensitifan kaum. Kesensitifan kaum merupakan perkara utama dalam negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Jika kita lihat insiden yang berlaku pada 10/11/07 yang dianjurkan Bersih. Polis terpaksa bertindak kerana terdapat insiden yang tidak diingini yang cuba mengugat ketenteraman awam. SUHAKAM juga memainkan peranannya dalam insiden dengan membuat perhatian yang meluas semasa insiden itu berlaku. Oleh itu, SUHAKAM memberi kenyataan akhbar bahawa pihak polis mengendalikan insiden itu dengan efektif dan baik.
Oleh itu, salah satu cara yang baik untuk mengadakan perhimpunan ini ialah pihak polis perlu memberi permitnya dengan syarat-syarat tertentu seperti:-
a. ahli-ahli SUHAKAM ditempatkan untuk membuat pemerhatian
terhadap perjalanan perhimpunan itu dan perlu membuat laporan kepada Parlimen.
b. Perhimpunan perlu melibatkan 1000 atau dengan kadar nisbah orang yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu dengan pihak polis yang boleh mengawal kumpulan itu perlulah efisyen dan efektif.
c. Penganjur perlulah memastikan tiada unsur yang melibatkan keganasan serta perlu berkumpul tanpa sebarang senjata dan aman sehingga menyampaikan memorandum itu.
d. Pihak polis perlu memastikan pergerakan lalulintas berjalan lancar dengan memberi permit laluan yang tidak boleh mengakibatkan kesesakan lalulintas dan menggangu perniagaan serta tempat pelancongan.
Jika syarat-syarat ini dipenuhi barulah pihak polis memberi permit untuk menjalankan perhimpunan ini. Selain daripada itu, perhimpunan yang tidak mendapat pengiktirafan pihak polis perlulah dilabelkan sebagai perhimpunan haram. Pihak polis perlulah memainkan peranan penting dalam menghadapi perhimpunan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment