Friday, May 2, 2008

SIARAN LANGSUNG MESTI DITERUSKAN

Perdebatan mengenai siaran langsung Parlimen sekarang giat berlaku . Suratkhbar-suratkhabar dan berita elektronik melaporkan mengenai perdebatan ini. Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Penerangan yang ingin menamatkan siaran langsung ini selepas satu persidangan Parlimen baru pada Rabu lalu menunjukkan bahawa kerajaan cuba mengelakkan "transparent government" dan akauntibiliti kepada rakyat negara ini. Negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem kerajaan "demokrasi berparlimen". Oleh itu, tiada masalah untuk kita menyiarkan siaran langsung persidangan Parlimen ini. Oleh itu, sebagai wakil rakyat yang mewakili rakyat di Parlimen wakil rakyat mengutarakan soalan yang berkaitan dengan masalah rakyat. Rakyat ingin tahu perkara-perkara yang dibincangkan oleh wakil mereka, selepas lima tahun mereka sekali lagi akan menentukan orang mewakili mereka ke Parlimen. Saya rasa tiada masalah untuk menyiarkan siaran langsung dan menamatkannya merupakan satu tindakan yang cuba menolak asas demokrasi di Malaysia. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh ahli-ahli Parlimen biasa didengar dan tidak ganjil untuk rakyat umum. Hal ini menyebabkan rakyat lebih matang lagi pada masa akan datang untuk menentukan keadaan politik negara ini. Rakyat juga mempelajari cara-cara untuk berdebat dan berhujah. Jika hendak menghentikan siaran langsung ini maka hentikan juga perdebatan ala Parlimen di peringkat sekolah . Oleh sebab itu,saya harap agar Perdana Menteri dan Menteri Penerangan akan mengkaji perkara ini untuk kebaikan rakyat Malaysia.

No comments: