Hasil laporan siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai skandal perlantikan hakim dengan peguam V.K Lingam perlu didedahkan kepada orang awam tanpa syarat. Hal ini kerana jika laporan ini tidak didedahkan kepada orang awam maka orang awam mungkin rasa kecewa kerana tidak diberi maklumat yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Orang awam masih tidak akan percaya kepada sistem kehakiman walaupun tindakan diambil. Orang awam perlu diberi kuasa untuk meneliti laporan dan memberi pendapat kerana hal ini melibatkan kepemtingan orang awam. Jika hal ini tidak berlaku maka orang awam beranggapan bahawa mereka tidak diberi perhatian dalam hal ini. Perdana Menteri yang merupakan wakil rakyat juga perlu membuat tindakan yang rasional dalam hal ini kerana keputusan pilihanraya baru-baru ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan perjalanan sesebuah kerajaan. Oleh sebab itu, Perdana Menteri perlu mendedahkan hasil laporan siasatan ini untuk tatapan orang awam supaya mereka juga sama-sama menyumbangkan idea yang bernas melalui saluran-saluran media yang disediakan oleh kerajaan. Oleh yang demikian, tidak wujud rasa tidak berpuas hati oleh orang awam dalam hal ini. Rakyat juga akan gembira kerana mempunyai kerajaan yang “transparent” dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan orang awam. Akta Rahsia Rasmi perlu dikecualikan dalam hal ini kerana ianya melibatkan kepentingan awam dan perlukan perhatian orang awam. Penggunaan Akta Rahsia Rasmi akan merumitkan lagi keadaan kerajaan yang sedia ada kerana rakyat akan mungkin akan beranggapan bahawa kerajaan tidak “transparent”dalam membuat sesuatu keputusan. Rakyat juga perlu sedia memberi pandangan yang bernas dalam hal ini untuk mewujudkan satu sistem kehakiman yang kukuh dan mempunyai kredibiliti yang tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment