Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima selepas Tun Dr.Mahatir yang meletakkan jawatan selepas 22 tahun memerintah Malaysia. Pak Lah merupakan ahli Parlimen Kepala Batas dan berasal daripada Pulau Pinang. Selepas mengambilalih pemerintahan daripada Tun Dr. Mahatir, Pak Lah mula dikenali oleh masyarakat Malaysia sebagai “Mr Clean” kerana usahanya memerangi rasuah dan korupsi di dalam kerajaan. Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum. Oleh sebab itu, dasar-dasar yang dilaksanakan perlulah mengikut kehendak pelbagai bangsa, agama dan kaum untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang benar-benar aman dan damai. Pelbagai kontrovesi dan masalah timbul apabila sesuatu dasar itu tidak mengikut aspirasi sesuatu kaum lain atau dasar itu dilihat sebagai “bias”. Rusuhan 13 Mei 1969 merupakan peristiwa atau sejarah hitam yang melanda Malaysia dan pelbagai usaha telah diambil untuk mengelakkan perkara itu berulang.
Pak Lah perlulah memansuhkan Akta Rahsia Rasmi atau “Official Secrets Act” bagi membolehkan kerajaan lebih telus dan akauntibilati kepada masyarakat. Rusuhan atau pergaduhan serta demonstrasi tidak hanya timbul akibat daripada perbezaan kaum malah juga disebabkan oleh ideologi politik. Oleh sebab itu, kerajaan boleh mempunyai tahap akauntibilati yang tinggi dan menjelaskan keadaan yang sebenar kepada masyarakat supaya huru-hara tidak dapat berlaku. Contohnya, kerajaan tidak ingin mendedahkan perjanjian konsensi lebuhraya antara PLUS dengan kerajaan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan tol dan berpendapat bahawa duit rakyat disalahgunakan. Oleh sebab itu, gerakan anti-kerajaan akan wujud untuk menegakkan keadilan yang boleh menggangu keamanan Malaysia. Akta Rahsia Rasmi perlu digantikan dengan “Rights To Information Act” bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat-maklumat mengenai kerajaan. Satu jawatankuasa di peringkat Parlimen perlu ditubuhkan untuk membolehkan mereka mengkaji maklumat yang sesuai didedahkan kepada masyarakat. Hal ini kerana bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada masyarakat. Jawatankuasa ini perlulah terdiri daripada ahli Parlimen daripada parti pemerintah dan pembangkang supaya berlaku “check and balance” yang sempurna.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dimansuhkan kerana membawa pelbagai masalah kepada keamanan dan perdamaian Malaysia. Hal ini kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan perlu digantikan dengan dasar ekonomi yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini tidak berat sebelah kepada mana-mana kaum tetapi dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana pada realitinya orang Melayu juga miskin dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini. DEB hanya menjadikan orang kaya semakin kaya maka orang miskin menjadi semakin miskin. Orang Melayu merupakan golongan yang paling besar miskin di bawah Dasar Ekonomi Baru. Orang India dan orang Cina juga mendapat faedah daripada DEB, tetapi golongan elit sahaja yang mendapat faedah daripada DEB ini. Orang Cina yang mendapat faedah daripada DEB ini ialah seperti Robert Kuok dan Vincent Tan malah orang India yang mendapat faedah daripada DEB ialah Ananda Krishnan. Hal ini menunjukkan bahawa lapisan bawah atau ‘grassroots” tidak mendapat faedah yang setimpal dan semakin tertekan. Oleh sebab itu, masing-masing inginkan faedah dan hal ini boleh menyebabkan rusuhan dan mengugat keamanan di Malaysia.
Dua tindakan ini bukan hanya dapat menjamin keamanan malah pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam menjamin keamanan di Malaysia. Oleh sebab itu, usaha yang berterusan perlu diadakan untuk mengukuhkan lagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

No comments:
Post a Comment