Konflik selalunya dilihat sebagai satu perkara yang negatif oleh masyarakat namun begitu, konflik boleh membawa kepada sesuatu keadaan atau tindakan positif. Konflik juga wujud dalam pendamaian iaitu yang dikenali sebagai "pendamaian negatif". "Pendamaian negatif" bermaksud bahawa dalam keadaan yang aman damai konflik wujud tetapi tidak meletus secara besar-besaran. Hal ini kerana terdapat satu tekanan yang sentiasa menekan konflik itu daripada meletus.
Bagi pendapat saya, kadangkala konflik itu perlu untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Konflik ini akan mengalihkan perhatian pihak-pihak tertentu kepada konflik tersebut dan satu jalan penyelesaian dapat diambil. Jika konflik tidak berlaku sesuatu perkara itu tidak dapat diketengahkan kepada pihak-pihak tertentu. Oleh sebab itu, permasalahan tidak dapat diselesaikan jika tidak tedapat campurtangan pihak berkuasa. Konflik lebih membawa kebaikan daripada "pendamaian negatif" kerana "pendamaian negatif" mungkin memberi kesan atau impak negatif yang lebih besar daripada konflik. Saya berhujah sedemikian kerana dalam "pendamaian negatif" pihak berkuasa tidak dapat melihat sesuatu perkara itu dengan lebih jelas untuk mengambil tindakan selanjutnya. Oleh sebab itu, apabila konflik itu berlaku maka pihak berkuasa atau yang berkenaan dapat melihatnya secara jelas. Mereka juga boleh mengambil tindakan yang perlu atau mencukupi bagi menyelesaikan konflik. Oleh sebab itu, pihak yang berkonflik itu dapat menikmati faedahnya. "Pendamaian negatif" atau pendamaian yang ditekan oleh pihak berkuasa memberi masalah atau kesan yang lebih besar kepada proses pendamaian kelak berbanding dengan konflik itu sendiri.
Contohnya di sini, jika konflik di Selatan Thailand tidak berlaku dan satu pendamaian yang dipaksa wujud di Thailand maka keadaan yang lebih teruk daripada keadaan sekarang akan wujud. Contohnya, keganasan seperti meletup bas, serangan pengebom berani mati serta tindakan keganasan yang tidak dapat diduga oleh kerajaan Thailand itu sendiri. Walaupun terdapat kewujudan keganasan di Selatan Thailand namun ianya adalah sangat minimum. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat senang membuat pemerhatian dan seterusnya membuat persiapan kepada proses pendamaian di masa akan datang.
Campurtangan pihak ketiga hanya berlaku apabila konflik wujud. Pihak ketiga ini akan memberi jalan penyelesaian yang terbaik daripada kedua-dua pihak yang berkonflik ini menyelesaikannya sendiri. Hal ini kerana kedua-dua pihak ini masing-masing inginkan faedah atau kepentingan mereka terjaga. Campurtangan pihak ketiga ini akan membuka ruang kepada kedua-dua pihak ini menyelesaikan konflik tanpa ketidakadilan atau berat sebelah. Hal ini kerana pihak ketiga ini memainkan peranan sebagai pemberat kepada kedua-dua pihak yang terlibat itu. Kepentingan atau faedah kedua-dua pihak juga terjaga. Oleh sebab itu, keadaan ini dikenali sebagai "win-win situation". "Win-win situation" ini akan memberi kedua-dua pihak menyelesaikan konflik secepat mungkin dan konflik juga tidak berterusan. Terdapat kes-kes walaupun pihak ketiga campurtangan namun ianya tidak menyelesaikan konflik.
Hal ini kerana masing-masing inginkan kepentingan yang lebih dan tidak ingin berganjak daripada permintaan mereka. Campurtangan oleh pihak ketiga yang berjaya juga bergantung kepada konflik itu sendiri. Contohnya, konflik di Sri Lanka tidak dapat diselesaikan lagi walaupun terdapat pihak ketiga iaitu Norway kerana ianya melibatkan tanah dan kemerdekaan sendiri. Oleh sebab itu, masing masing tidak ingin berganjak daripada keputusan mereka sendiri dan seringkali melanggar gencatan senjata yang diadakan.
No comments:
Post a Comment